Monday 27 June 2011

Besi Nyer Pasal

Nak di jadikan cerita, kat tempat aku kerja tuh ade sorang brother kaki besi (ahli gym).. dari dulu lagi dia ajak aku join dia g gym.. Tolak punyer tolak, akhir nya, tadi aku boley plak tetibe nak ikot g gym... Niat tuh nak g tengok2 je laa.. (nak layan dia aje bab dia da banyak kali ajak).. Sampai naik segan aku nak menolak lagi...
Sampai2 dia kenal2kan kat mamber2 dia.. Then, dia soh aku buat itu ini.. Angkat Berat.. Main besi hari nie aku beb.. hahaaaaaaaaaaaa.. punyer menggelabah hanjing,, malam nyer tak buleh nak tido lah pulakkkk.. badan sakit2... nyut nyut nyut.. hahaha.. Besi nyer pasal..

Saturday 25 June 2011

Nak Cuti

Hampir setahun aku tak ambil cuti..
Cuti Tahunan aku pun ade lagi 18 hari tak berusik sejak setahun nie..
Nak ambil cuti dari awal tahun sibuk jer manjang..
Puas aku plan.. nak cuti,, nak cuti...
Tapi boss aku tu asyik moody jer..
Nak dijadikan cerita,
Department yang aku lead dapat tempat pertama beat satu malaysia..
Perghh.. Bangga nye aku.. semua staff aku blanjer KFC.. huhu
Dan ini lah peluang aku untuk ambil cuti.. ahaks..
Dapat laa aku cuti..
hehehe.. Jommmm Balik Kamponggggg...
awal bulan depan bermula lah cuti panjang aku...
Jommmm.. Windu Kat Kampong...

Kisah Benar Yang Ajaib : Pelajar Perempuan Di Dewan Peperiksaan Perkogsian email yang diterima…harap dapat manfaat darinya. imageIni adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut. Ceritanya begini : Terdapat salah seorang pelajar perempuan masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya. Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru perempuan tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya. Tiba-tiba pelajar perempuan tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan. Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya. Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu? Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti. Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah. Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya. Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua. Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

SeLaMaT HaRi BaPa

Selamat Hari Bapa
Happy Father's Day


Abah, Ayah, Bapak, Abi....
"Selamat Hari Bapa"
Terusik di benak hatiku ini tat kala melihat kawan-kawanku menghubungi bapak mereka untuk menyampaikan ucapan "selamat hari bapa".. Untungnya mereka nie, kata hatiku.. hmmmmm.. 
Aku pun nak wish gak kat Abah aku lah... huhu.. "Abah.. Selamat Hari Bapa".. Biar pun dah sembilan tahun Abah pergi tinggalkan aku dan keluarga, aku tetap ingat akan abah.. rinduuuuuu kat abah.. sayang sangatttt.. Abah nanti datang dalam mimpi yer... Nak sangat jumpe abah..